Permata Islam yang hilang..



Permata yang amat bernilai buat Islam dalam melawan hujah2 pihak kristian yan melampau tidak lain adalah syeikh Ahmad Deedat yang banyak menghabiskan masa ejak remajanya hinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan mengkaji, mneneliti, memahami, menghayati, setiap maklumat yang ada dalam al-Quran, kitab injil seperti Maritus, Markus, Lukas, yohanes malah termasuk Barnaba ( yang hampir dengan al-Quran ) untuk dijadikan bahan untuk berhujah.

Sesungguhnya dunia Islam kehilangan permata yang berharga ini kerana kepetahan menguasai setiap perrmasalahan yang diajukan kepadanya oleh para cendekiawan yang membariskan golongan paderi terkemuka dunia yang dikenali sebagai pembela agama kristian sama ada Roman Katolik, Ortodok, Protestan dan lain2.

Latar belakang ;-

sheik ahmad hoosen deedat al-hafiz lahir pada 1 julai 1918, meninggal pada 8 ogos 2005 pada umur 87 tahun di daerah surat, india. beliau adalah seorang cendekiawan muslim dalam bidang perbandingan agama. beliau merupakan seorang pengarang, pensyarah dan pemidato. beliau terkenal sebagai pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi pendebatan umum yang memaparkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama2 lain.

Pada 1957, deedat bersama 2 orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre International(IPCI)dan telah menjadi presidennya sehingga tahun 1996. beliau tidak dapat bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. ayahnya adalah seorang penjahit. mereka telah berpindah ke afrika selatan tidak lama selepas kelahiran deedat.

Tanpa pendidikan yang formal dan untuk menghindari daripada kemiskinan yang amat larat, deedat telah pergi ke afrika selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada tahun 1927.

Perpisahan dedat dengan ibunya pada tahun pemergiannya ke afrika selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terkhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal beberapa bulan kemudian.

Dengan ketekunan belajar di tempat asing, ahmad deedat tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing,tetapi ungguldi sekolahnya. kegemaran deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapat promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan darjah enam.

Kurangnya pembiayaan menyebabkan sekolahnya tertunda dan awal usia 16tahun untuk pertama kalinya beliau bekerja sebagai retail(eceran).

Penghinaan yang tidak henti2 oleh siswa Misionaris menentang Islam selama kunjungan mereka ke toko muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda kristian dengan mendalami kajian mengenai kristian dengan menghayati al-Quran dan bible sekali gus.

Mempelajari bible..

Ahmad deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik2 dan keberhasilan usaha umat Islam di india yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris kristian selama penaklukan inggeris dan pemerintahan india.

Ahmad deedat telah membeli injil dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa2 misionaris. sehingga siswa misionaris mengajak guru teologi mereka dan paderi2 mereka untuk diajak berdebat dengan deedat, di situlah terbukti kehebatan kepetahan deedat.

Seterusnya beliau memimpin kelas bagi mata pelajaran injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. beliau mendirikan as-salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah. beliau juga menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. beribu-ribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah erta hasil usahanya dalam menyebarkan dakwah Islam. sebagai penghargaan beliau telah dianugerahkan penghargaan antarabangsa oleh raja faisal pada tahun 1966.

Kepulangan insan berjasa kepada Rabbnya..

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, deedat hanya boleh berbaring ditempat tidurnya di verulam, afrika selatan. pada tahun 8 ogos 2005, beliau menghembuskan nafas terkhir di rumahnya di Trevennen road di verulam, provinsi kwazulu-natal, Durban.



sumber:http://ar.wikipedia.org
0 Responses