Lupakah pada NAKBAH !!!


Syukur dengan inayah Ilahi sekarang barada di pertengahan tahun 2010 yakni bulan Mei. Mungkin yang ramai yang dah lupa apakah peristiwa besar yang berlaku bulan ni? peristiwa yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam terutamanya umat Palestin. Nakbah! yakni peristiwa nakbah itulah namanya. peristiwa ini berlaku pada 15 mei 1948.

Apa itu nakbah? nakbah bermaksud malapetaka @ bencana manakala dari segi istilah, nakbah bererti pengusiran penduduk palestin secara beramai-ramai dari kampung mereka akibat dari penubuhan negara haram irael 1948. Penduduk palestin bukan sahaja diusir bahkan dibunuh beramai-ramai oleh yahudi zionis.

Kemudian yahudi mendirikan kediaman mereka ditanah suci bumi palestin, kini sudah 62 tahun mereka menzalimi dan mengkhianati penduduk palestin termasuk kanak-kanak,wanita dan orang tua tanpa ada belas kasihan.

pada tahun 1896 seorang wartawan berbangsa yahudi dari hungary bernama Theodore herzl telah mengasaskan satu gagasan untuk menubuhkan negara bagi orang yahudi. Beliau juga pengasas kepada World Zionist Organization. tujuannya bagi merintis jalan dan kempen politik secara sistematik untuk menubuhkan negara yahudi yakni israel. merekan beranggapan tanah yahudi adalah dijanjikan tuhan untuk puak bani israel selaku bangsa yang terpilih.


Sejarah mencatatkan bahawa herzl telah menawarkan harga yang lumayan untuk mendapatkan tanah palestin, pada waktu tersebut khalifah uthmaniyyah sultah abdul hamid (1842-1918) menjadi khalifah. Beliau menolak tawaran tersebut mentah-mentah kerana dapat menghidu tujuan herzl.



sultan abdul hamid telah mengungkapkan kata-kata yang bersejarah kepada herzl ;

" saya menganjurkan supatya dia tidak meneruskan perkara ini yakni untuk mendapatkan tanah palestin. Saya tidak akan menjualnya walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini, kerana ia bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah berusaha untu mengekalkan empayar ini. Biarlah orang-orang yahudi menyimpan sahaja wang mereka. Jika sekiranya empayar ini berpecah mereka boleh mengambilnya secara percuma. Tetapi mestilah melangkah mayat kami dahulu dan sayatidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun".

Akhir tahun 1909, gerakan committe of union and progress (cup) yang didalangi oleh yahudi telah melakukan pemberontakan 'revolusi turki muda' untuk menentang khalifah.

Sehingga tumbangnya sistem khalifah di muka bumi palestin dan pihak yahudi berjaya masuk ke tanah suci palestin sehingga hari ini.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu mengetahui serba sedikit sejarah bumi suci ini, kerana tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan kamu mengambil berat tentang saudara seIslam dari kalangan kamu. Yahudi akan terus melaksanakan misi mereka untuk menghancurkan umat Islam, Jika kita terus leka, kita pun akan turut sama ditindas oleh dajal yahudi ini.


PALESTIN BAK NUR SODHIK YANG SENTIASA DIBASAHI OLEH DARAH SYUHADA,
BUMI YANG TIDAK PERNAH AMAN,
BUMI YANG TIDAK TERUKIR SENYUMAN,
YANG ADA HANYALAH SENGSARA DAN DERITA,
WAHAI PALESTIN, WAHAI TANAH SYUHADA,
ENGKAU AKAN AKAN AMAN DAN AKAN TERUKIR SENYUMAN,
BILA RABB BERSAMAMU DAN MENGHADIAHIMU JANNAH.

WALLAHU A'LAM

Permata Islam yang hilang..



Permata yang amat bernilai buat Islam dalam melawan hujah2 pihak kristian yan melampau tidak lain adalah syeikh Ahmad Deedat yang banyak menghabiskan masa ejak remajanya hinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan mengkaji, mneneliti, memahami, menghayati, setiap maklumat yang ada dalam al-Quran, kitab injil seperti Maritus, Markus, Lukas, yohanes malah termasuk Barnaba ( yang hampir dengan al-Quran ) untuk dijadikan bahan untuk berhujah.

Sesungguhnya dunia Islam kehilangan permata yang berharga ini kerana kepetahan menguasai setiap perrmasalahan yang diajukan kepadanya oleh para cendekiawan yang membariskan golongan paderi terkemuka dunia yang dikenali sebagai pembela agama kristian sama ada Roman Katolik, Ortodok, Protestan dan lain2.

Latar belakang ;-

sheik ahmad hoosen deedat al-hafiz lahir pada 1 julai 1918, meninggal pada 8 ogos 2005 pada umur 87 tahun di daerah surat, india. beliau adalah seorang cendekiawan muslim dalam bidang perbandingan agama. beliau merupakan seorang pengarang, pensyarah dan pemidato. beliau terkenal sebagai pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi pendebatan umum yang memaparkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama2 lain.

Pada 1957, deedat bersama 2 orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre International(IPCI)dan telah menjadi presidennya sehingga tahun 1996. beliau tidak dapat bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. ayahnya adalah seorang penjahit. mereka telah berpindah ke afrika selatan tidak lama selepas kelahiran deedat.

Tanpa pendidikan yang formal dan untuk menghindari daripada kemiskinan yang amat larat, deedat telah pergi ke afrika selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada tahun 1927.

Perpisahan dedat dengan ibunya pada tahun pemergiannya ke afrika selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terkhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal beberapa bulan kemudian.

Dengan ketekunan belajar di tempat asing, ahmad deedat tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing,tetapi ungguldi sekolahnya. kegemaran deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapat promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan darjah enam.

Kurangnya pembiayaan menyebabkan sekolahnya tertunda dan awal usia 16tahun untuk pertama kalinya beliau bekerja sebagai retail(eceran).

Penghinaan yang tidak henti2 oleh siswa Misionaris menentang Islam selama kunjungan mereka ke toko muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda kristian dengan mendalami kajian mengenai kristian dengan menghayati al-Quran dan bible sekali gus.

Mempelajari bible..

Ahmad deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik2 dan keberhasilan usaha umat Islam di india yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris kristian selama penaklukan inggeris dan pemerintahan india.

Ahmad deedat telah membeli injil dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa2 misionaris. sehingga siswa misionaris mengajak guru teologi mereka dan paderi2 mereka untuk diajak berdebat dengan deedat, di situlah terbukti kehebatan kepetahan deedat.

Seterusnya beliau memimpin kelas bagi mata pelajaran injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. beliau mendirikan as-salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah. beliau juga menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. beribu-ribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah erta hasil usahanya dalam menyebarkan dakwah Islam. sebagai penghargaan beliau telah dianugerahkan penghargaan antarabangsa oleh raja faisal pada tahun 1966.

Kepulangan insan berjasa kepada Rabbnya..

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, deedat hanya boleh berbaring ditempat tidurnya di verulam, afrika selatan. pada tahun 8 ogos 2005, beliau menghembuskan nafas terkhir di rumahnya di Trevennen road di verulam, provinsi kwazulu-natal, Durban.



sumber:http://ar.wikipedia.org

wahai anak...



Suatu ketika, cendekiawan dan ulama' terkenal Dr Muhammad Iqbal ( 1877-1938 )pernah menceritakan suatu peristiwa yang amat berkesan pada hatinya. cerita cendekiawan yang berasal dari pakistan itu berkisarkan tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran.

kata Iqbal..

" saya biasa membaca al-Quran selepas solat subuh, dan ayah selalu mengawasi saya. Bukan saja mengawasi malah ayah juga bertanya, 'apa yang kamu lakukan wahai iqbal?, padahal sudah jelas tahu saya sedang mengaji. saya menjawab, ' saya sedang membaca Quran, ayah'.

" pertanyaan itu ayah selalu ulangi setiap pagi, setiap subuh, selama tiga tahun penuh. Jawapan saya tetap sama.

" Suatu hari saya memberanikan diri bertanya kepada ayah, ' mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama, padahal jawapan saya juga sama?' Jawab ayah, 'nak, bacalah al-Quran itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu.'

" Barulah saya faham mengapa setiap subuh, ayah akan bertanyakan soalan yang sama. Sejak saat itu, saya sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan untuk saya.

" Saya tidak saja membaca, tetapi juga cuba mengerti. Bukan saja mengerti tapi cuba memahaminya. Tidak setakat memahaminya, saya cuna mengamalkannya. Bukan saja beramalmalah cuba untuk menyampaikan kembali isi al-Quran sebagaimana yang saya faham."

Maka hari inikita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorang tokoh besar Islam, yang bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran malah beruaha menyampaikannya seluas yang boleh.

Mereka temui Islam melalui sains


Dr T V N Persaud...

Profesor Anatomi, profesor jabatan kesihatan kanak2 dan pediatrik, serta profesor o&g dan sains reproduktif universiti Manitoba,Kanada. Beliau telas menulis 18 buah buku dan menerbitkan hampir 200 penyelidikan saintifik. Apa yang menarik prof persaud sering memasukkan ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi di dalam buku-buku yang ditulisnya serta membentangkan ayat2 serta hadis tersebut dalam persidangan2 yang disertainya. Apabila ditanya tentang keajaiban sains yang terdapat dalam al-Quran yang telah dibentangkan prof memberitahu...

" ..Muhammad.. yang tidak tahu membaca dan menulis - anda memerlukan seseorang yang celik huruf untuk menyatakan sesuatu secara mendalam - dan menakjubkan kerana apa yang dikatakannya didalam al-Quran itu adalah tepat dengan sifat2 saintifik. saya yakin bahawasanya ianya adalah bersifat wahyu yang memandu beliau untuk mengeluarkan kenyataan2 itu ".


Dr E Marshall Jonhson.

Profesor Emeritus Pembangunan Anatomi dan Biologi, Universiti Thomas Jefferson, AS. Beliau merupakan presiden kelab teratologi serta menulis lebih 200 buah penerbitan. pada 1981, semasa menghadiri persidangan perubatan saudi kali ketujuh di Dammam,Arab saudi profesor jonhson membentangkan kertas penyelidikannya telah membuat pengumuman ;

" Al-Quran bukan sahaja memberikan gambaran tentang perkembangan bentuk2 luaran, tetapi juga memberikan gambaran yang jelas tentang tahap perkembangan dalaman, tahap2 perkembangan embrio, serta memberikan gambaran tepat serta jelas tentang kejadian-kejadian penting yang diakui sahih oleh sains kontemporari.

" Sebagai seorang saintis, saya hanya sedia berbincang tentang sesuatu yang saya benar2 lihat dan yakin. saya memahami tentang perkembangan embrio dan biologi. Saya juga memahami ayat2 Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada saya.

" Seperti mana contoh yang saya berikan, kalau saya boleh membawa diri saya kembali ke zaman terebut, dengan mengambil kira apa yang saya tahu sekarang, saya percaya saya tidak akan mampu untukmemberikan gambaran tepat terhadap sesuatu yang telah digambarkan( di dalam Al-Quran). Saya juga tidak mampu menafikan bahawa manusia itu, Muhammad, telah memperolehi maklumat ini dari satu sumber yang lain. Jadi, saya tidak ragu2 untuk menyatakan wujudnya wahyu dari tuhan dalam apa yang telah disampaikan di dalam Al-Quaran ini".