Jenama & sejarahnya.

Bila seseorang hendak membeli sesuatu benda mesti perlu lihat kepada kualiti jenamanya. Jika jenama original baru dibeli jika tidak tak dipandang pun, keadaan sebegini berlaku kepada sesetengah watak manusia sahaja. Bagi saya jika sesuatu produk atau barangan itu halal dan elok, kita beli sahaja tak usah sangat tengok 'brand' ye.

Minggu terakhir pada bulan jun ni saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang beberapa jenama dan sejarah sesuatu produk dan hari ini saya memilih jenama JOHNSON & JOHNSON sebagai pilihan
.



sejarah JOHNSON & JOHNSON

Johnson & Johnson adalah sebuah syarikat farmasi global dari amerika syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1887. Ia dikenali sebagai sebuah syarikat yang mempunyai repotasi konsisten. Ia juga syarikat yang dihormati serta syarikat pertama menerima anugerah Benjamin Franklin oleh jabatan luar negari AS bagi pembiayaan program pendidikan antarabangsa.

Johnson & Johnson beribu pejabat di New Brunswick, new jersey, AS dan mempunyai sekitar 250 anak syarikat yang beroperasi di lebih 57 negara. produk keluarannya dijual di lebih daripdada 157 buah negara.

Johnson & Johnson diasakan oleh Robert Wood Johnson yang mempunyai ilham mewujudkan perniagaan berkonsepkan farmasi menerusi pidato joseph lister bertajuk 'Antiseptik'.




Dia kemudian bergabung dengan dua saudara lelakinya mencipta gari panduan pembedahan pada 1885. Syarikat ini menghasilkan produk pertamanya pada tahun 1886.

Johnson & Johnson pada awalnya diterajui oleh robert sebagai presiden pertama syarikat. Setelah kematiannya pada tahun 1910, jawatan presiden kedua disandang oleh saudara kelakinya james sehingga tahun 1932. Selepas itu diambil oleh robert wood II iaitu anak lelaki robert.

Cucu mendiang robert, mary lea johnson richard, adalah bayi pertama yang muncul dalam label bedak bayi Johnson & Johnson, sementara cicit lelakinya, jamie johnson, menerbitkan filem dokumentari bertajuk 'dilahirkan kaya'. Dokumentari ini mengisahkan pengalaman hidupnya yang membesar sebagai pewaris salah satu kekayaan terbesar didunia.

Jenama Johnson & Johnson terdiri daripada perkakasan perubatan isi rumah tangga termasuk ubat-ubatan peti pertolongan cemas. Antara produk terkenal adalah ubat 'Tylenol', produk bayi johnson, produk penjagaan kulit Neutrogena, clean & clear dan kanta lekap Acuvue.