Lupakah pada NAKBAH !!!


Syukur dengan inayah Ilahi sekarang barada di pertengahan tahun 2010 yakni bulan Mei. Mungkin yang ramai yang dah lupa apakah peristiwa besar yang berlaku bulan ni? peristiwa yang tidak boleh dilupakan oleh umat Islam terutamanya umat Palestin. Nakbah! yakni peristiwa nakbah itulah namanya. peristiwa ini berlaku pada 15 mei 1948.

Apa itu nakbah? nakbah bermaksud malapetaka @ bencana manakala dari segi istilah, nakbah bererti pengusiran penduduk palestin secara beramai-ramai dari kampung mereka akibat dari penubuhan negara haram irael 1948. Penduduk palestin bukan sahaja diusir bahkan dibunuh beramai-ramai oleh yahudi zionis.

Kemudian yahudi mendirikan kediaman mereka ditanah suci bumi palestin, kini sudah 62 tahun mereka menzalimi dan mengkhianati penduduk palestin termasuk kanak-kanak,wanita dan orang tua tanpa ada belas kasihan.

pada tahun 1896 seorang wartawan berbangsa yahudi dari hungary bernama Theodore herzl telah mengasaskan satu gagasan untuk menubuhkan negara bagi orang yahudi. Beliau juga pengasas kepada World Zionist Organization. tujuannya bagi merintis jalan dan kempen politik secara sistematik untuk menubuhkan negara yahudi yakni israel. merekan beranggapan tanah yahudi adalah dijanjikan tuhan untuk puak bani israel selaku bangsa yang terpilih.


Sejarah mencatatkan bahawa herzl telah menawarkan harga yang lumayan untuk mendapatkan tanah palestin, pada waktu tersebut khalifah uthmaniyyah sultah abdul hamid (1842-1918) menjadi khalifah. Beliau menolak tawaran tersebut mentah-mentah kerana dapat menghidu tujuan herzl.



sultan abdul hamid telah mengungkapkan kata-kata yang bersejarah kepada herzl ;

" saya menganjurkan supatya dia tidak meneruskan perkara ini yakni untuk mendapatkan tanah palestin. Saya tidak akan menjualnya walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini, kerana ia bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah berusaha untu mengekalkan empayar ini. Biarlah orang-orang yahudi menyimpan sahaja wang mereka. Jika sekiranya empayar ini berpecah mereka boleh mengambilnya secara percuma. Tetapi mestilah melangkah mayat kami dahulu dan sayatidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun".

Akhir tahun 1909, gerakan committe of union and progress (cup) yang didalangi oleh yahudi telah melakukan pemberontakan 'revolusi turki muda' untuk menentang khalifah.

Sehingga tumbangnya sistem khalifah di muka bumi palestin dan pihak yahudi berjaya masuk ke tanah suci palestin sehingga hari ini.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu mengetahui serba sedikit sejarah bumi suci ini, kerana tidak sempurna iman seseorang kamu melainkan kamu mengambil berat tentang saudara seIslam dari kalangan kamu. Yahudi akan terus melaksanakan misi mereka untuk menghancurkan umat Islam, Jika kita terus leka, kita pun akan turut sama ditindas oleh dajal yahudi ini.


PALESTIN BAK NUR SODHIK YANG SENTIASA DIBASAHI OLEH DARAH SYUHADA,
BUMI YANG TIDAK PERNAH AMAN,
BUMI YANG TIDAK TERUKIR SENYUMAN,
YANG ADA HANYALAH SENGSARA DAN DERITA,
WAHAI PALESTIN, WAHAI TANAH SYUHADA,
ENGKAU AKAN AKAN AMAN DAN AKAN TERUKIR SENYUMAN,
BILA RABB BERSAMAMU DAN MENGHADIAHIMU JANNAH.

WALLAHU A'LAM
0 Responses