Mereka temui Islam melalui sains


Dr T V N Persaud...

Profesor Anatomi, profesor jabatan kesihatan kanak2 dan pediatrik, serta profesor o&g dan sains reproduktif universiti Manitoba,Kanada. Beliau telas menulis 18 buah buku dan menerbitkan hampir 200 penyelidikan saintifik. Apa yang menarik prof persaud sering memasukkan ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi di dalam buku-buku yang ditulisnya serta membentangkan ayat2 serta hadis tersebut dalam persidangan2 yang disertainya. Apabila ditanya tentang keajaiban sains yang terdapat dalam al-Quran yang telah dibentangkan prof memberitahu...

" ..Muhammad.. yang tidak tahu membaca dan menulis - anda memerlukan seseorang yang celik huruf untuk menyatakan sesuatu secara mendalam - dan menakjubkan kerana apa yang dikatakannya didalam al-Quran itu adalah tepat dengan sifat2 saintifik. saya yakin bahawasanya ianya adalah bersifat wahyu yang memandu beliau untuk mengeluarkan kenyataan2 itu ".


Dr E Marshall Jonhson.

Profesor Emeritus Pembangunan Anatomi dan Biologi, Universiti Thomas Jefferson, AS. Beliau merupakan presiden kelab teratologi serta menulis lebih 200 buah penerbitan. pada 1981, semasa menghadiri persidangan perubatan saudi kali ketujuh di Dammam,Arab saudi profesor jonhson membentangkan kertas penyelidikannya telah membuat pengumuman ;

" Al-Quran bukan sahaja memberikan gambaran tentang perkembangan bentuk2 luaran, tetapi juga memberikan gambaran yang jelas tentang tahap perkembangan dalaman, tahap2 perkembangan embrio, serta memberikan gambaran tepat serta jelas tentang kejadian-kejadian penting yang diakui sahih oleh sains kontemporari.

" Sebagai seorang saintis, saya hanya sedia berbincang tentang sesuatu yang saya benar2 lihat dan yakin. saya memahami tentang perkembangan embrio dan biologi. Saya juga memahami ayat2 Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada saya.

" Seperti mana contoh yang saya berikan, kalau saya boleh membawa diri saya kembali ke zaman terebut, dengan mengambil kira apa yang saya tahu sekarang, saya percaya saya tidak akan mampu untukmemberikan gambaran tepat terhadap sesuatu yang telah digambarkan( di dalam Al-Quran). Saya juga tidak mampu menafikan bahawa manusia itu, Muhammad, telah memperolehi maklumat ini dari satu sumber yang lain. Jadi, saya tidak ragu2 untuk menyatakan wujudnya wahyu dari tuhan dalam apa yang telah disampaikan di dalam Al-Quaran ini".
0 Responses